Grow di Threads, dengan bantuan AI

Tak payah scroll tanpa arah. Balas di tempat yang betul.

Threads bergerak laju. Post yang relevan cepat tenggelam, dan bila anda jumpa, ruang komen mungkin dah penuh. Weft cari post ikut kata kunci anda, susun peluang terbaik, dan sediakan draf balasan dengan bantuan AI — supaya anda boleh masuk lebih awal dan engage dengan lebih cekap.

Data Threads sebenar · Dibantu AI · Tiada auto-post
respawned.my/weft/dashboard.html
Weft menyusun post Threads terkini mengikut peluang terbaik
88 · BALASDINILAI AI

Masih fresh, relevan, dan belum terlalu sesak untuk balasan anda dilihat.

Masalah sebenar

Grow di Threads tak sepatutnya bergantung pada scroll tanpa henti.

Kebanyakan orang dah tahu topik yang mereka mahu dikenali. Yang susah ialah mencari perbualan yang betul sebelum moment itu terlepas.

01 · FEED CAMPUR-CAMPUR

Anda scroll tanpa arah.

Feed anda campurkan macam-macam topik. Post yang betul-betul relevan mudah tenggelam di celah kandungan yang langsung tak berkaitan dengan niche anda.

02 · TERLEPAS TIMING

Anda sampai bila ruang komen dah sesak.

Bila akhirnya jumpa post yang sesuai, komen mungkin dah terlalu banyak. Balasan anda pun lebih mudah tertimbus dan tak dipandang.

03 · BLUR NAK BALAS APA

Anda fikir terlalu lama nak tulis apa.

Nak bagi balasan yang berguna memang perlukan usaha. Bila kena fikir dari kosong setiap kali, akhirnya ramai terus tak jadi engage.

Weft tukar feed yang bising kepada senarai fokus berisi perbualan yang berbaloi disertai.
Dari kata kunci ke perbualan

Cari post yang betul. Sertai lebih cepat.

Tak perlu lagi berharap post yang sesuai muncul sendiri dalam feed. Weft bagi aliran kerja yang jelas dari awal sampai anda bersedia untuk membalas.

Search topik anda

Masukkan kata kunci, niche atau pasaran yang anda mahu bina nama dan kredibiliti.

Jumpa post terkini

Weft cari post Threads awam yang masih baru dan berkaitan dengan carian anda.

Semak ranking peluang

AI bantu susun post berdasarkan relevan, freshness dan peluang untuk anda masuk dalam perbualan.

Draf dan engage

Pilih gaya balasan, edit ikut cara anda bercakap, kemudian buka Threads dan post sendiri.

92
Balas sekarangRelevan, masih fresh, dan sesuai untuk balasan yang berguna.
BALAS
78
Berbaloi disemakTopik memang kena, cuma anda perlukan sudut yang lebih menarik.
SEMAK
54
Signal lebih rendahMasih berkaitan, tetapi kurang sesuai untuk engagement yang bermakna.
LEPAS
Feed peluang, bukan satu lagi feed

Tahu di mana suara anda boleh beri nilai.

Senarai carian yang panjang masih perlukan banyak kerja. Weft bantu tentukan mana satu patut anda tengok dahulu, supaya masa anda pergi kepada post yang paling relevan dan masih ada momentum.

Kurangkan masa mencari post yang relevan satu per satu.
Masuk dalam perbualan ketika orang masih aktif berbincang.
Bina visibility dalam topik yang anda memang mahu dikenali.
AI bantu. Anda tetap kawal.

Balas lebih cepat, tanpa jadi bot komen.

Weft sediakan beberapa draf berdasarkan konteks post asal, tetapi ia takkan auto-post. Anda pilih tone, baca semula, ubah ikut suara sendiri, kemudian anda yang tekan publish.

AI REPLY STUDIO · MEMBANTU
“Saya baru nak mula bisnes dessert dari rumah. Patut fokus apa dulu?”
Mulakan dengan satu produk utama dan aliran order yang mudah. Bila pilihan tak terlalu banyak dan cara membeli jelas, lebih senang untuk anda nampak apa yang pelanggan betul-betul suka sebelum tambah produk lain.
Edit drafBuka Threads
Harga mudah, ikut penggunaan

Bayar ikut jangkauan yang anda perlukan.

Kos anda naik ikut jumlah carian, jadi setiap pelan kekal berpatutan. Harga contoh ditunjukkan — percuma dan tanpa had untuk semua sepanjang Build Week.

TRIAL
Percuma7 hari
1 carian / hari

Cuba dulu dan lihat ranking peluang pertama anda.

Mula percubaan percuma
STARTER
RM9.90/bln
2 carian / hari

Tabiat harian yang konsisten untuk satu niche.

PRO
RM79.90/bln
50 carian / hari

Untuk power user dan pasukan kecil yang uruskan banyak perbualan.

Percuma dan tanpa had untuk semua penguji Build Week. Tekan mana-mana pelan untuk butiran.

Versi hackathon sudah LIVE

Follower seterusnya mungkin sudah ada dalam satu perbualan yang anda belum jumpa.

Jangan bazir masa mencari satu-satu. Biar Weft tunjuk perbualan yang sesuai untuk anda masuk dan beri pandangan.